Puding trifle


Puding_trifle

Bahan-bahan ( 5-7 )

  • 1 tin susu cair
  • 1 sd besar gula
  • 4 sd besar tepung kastard
  • 1 mangkuk air- utk dicampurkan dengan kastard
  • ½ biji kek gulung sederhana saiznya
  • 1 tin buah-buahan campur- asingkan air dan buahnya
  • 1 peket agar-agar jeli kristal Nona
  • 1 mangkuk air panas

Cara-cara

  • Panaskan susu cair dengan gula. Kecilkan api.
  • Bancuh tepung kastard dengan semangkuk air sejuk.
  • Masukkan bancuhan tadi ke dalam susu cair yang sedang mendidih.
  • Masak hingga betul-betul pekat dan kastard pekat. Tutup api.
  • Di dalam bekas berasingan, susunkan kek gulung sehingga habis.
  • Kemudian, basahkan dengan air buah-buahan tin.
  • Masukkan buah-buahan tin hingga habis.
  • Tuangkan bancuhan kastard ke atas susunan buah-buahan tadi.
  • Untuk jeli, larutkan jeli bersama semangkuk air panas. Kacau hingga sebati.
  • Akhir sekali, tuangkan jeli tersebut di atas kastard dan sejukkan.
  • Bila betul-betul keras, bolehlah dihidangkan.

0 comments:

Post a Comment