OATS PRAWN


Stg

Mudah dan sedap dimakan ramai2 sambil gebang2 kat atas pangkin bawah pokok ceri....

Bahan-bahan ( 4 - 5 orang )

  • 500 g udang sederhana besar
  • 1 biji telur*
  • 1/2 camca teh garam*
  • 1 camca teh serbuk lada hitam*(*disatukan dan pukul hingga sebati)
  • 3/4 cawan tepung beras
  • 1 1/2 cawan oats, atau secukupnya

BAHAN2 SOS MARMALADE :-)
  • 2 camca besar marmalade
  • 2 camca besar sos cili
  • 1 camca teh kicap cair
  • 1 ulas bawang putih, cincang halus
  • 2 biji cili padi merah, cincang halus
  • 1 camca teh cuka makan
  • 2 camca besar air suam

Cara-cara

  • Kupas kulit udang, bersihkan dan cuci. Toskan.
  • Ambil seekor udang, gaul dengan tepung beras, kemudian bancuhan telur dan golek dengan oats hingga rata. Buat hingga siap.
  • Goreng dalam minyak sederhana panas hingga kuning keemasan.
  • Jangan goreng banyak ekor, cukup 10 - 12 ekor sekali goreng. Angkat, toskan minyak dan letak atas kitchen towel.
  • Buat hingga siap dan hidangkan dengan sos marmalade.
  • Untuk sos marmalade, bancuh semua bahan2 sos dan kacau hingga rata dan sebati. Kalau tak de marmalade, boleh juga ganti dengan jem apricot.

0 comments:

Post a Comment