APPLE PIE


Apple_pie

Harum dan mengasyikkan


Bahan-bahan ( 10 orang ke atas )

  • 6 biji epal hijau, dikupas kulit, potong 12 setiap 1 biji epal
  • 200 g gula pasir
  • 50 g kismis
  • 20 g tepung jagung, bancuh dgn sedikit air

UNTUK DOH PIE :-
  • 500 g tepung halus (tepung gandum pun boleh......)
  • 200 g mentega
  • 2 biji telur Gred A, dikacau sedikit
  • 250 g gula halus

Cara-cara

  1. Cake_and_muffin_004
    Dalam periuk masak gula pasir hingga cair dan keperangan. Masukkan epal dan kismis. Gaul rata. Masukkan bancuhan tepung jagung dan masak hingga pekat. Sejukkan.
  2. Cake_and_muffin_005
    Untuk doh pula, ayak tepung dan gaulkan dengan gula halus hingga rata. Masukkan mentega dan gaul hingga menjadi seakan2 serbuk roti. Tuang telur yg telah dikacau tadi sedikit demi sedikit sambil digaul hingga terhasil doh yg tidak melekat dimangkuk adunan. Jangan bimbang jika telur tidah habis digunakan. Bungkus dgn plastik dan sejukkan 30 minit.
  3. Cake_and_muffin
    Selepas 30 minit keluarkan doh dan biarkan sebentar. Kemudian canai doh diantara 2 plastik hingga menjadi kurang lebih 1/2 cm tebal. Doh mesti dicanai lebih besar dari mangkuk pie.
  4. Cake_and_muffin_007
    Perlahan-lahan tanggalkan plastik bahagian atas dan dgn cermat terbalikkan doh ke dalam mangkuk pie. Ratakan perlahan2 hingga menutupi kesemua bahagian dalam mangkuk itu. Potong lebihan doh. Tuangkan inti yang telah sejuk.
  5. Cake_and_muffin_009
    Tutup permukaan pie dgn lebihan doh, buat cara sama seperti cara no.4. Sapu dgn kuning telur dan larikkan dgn garfu secara bersilang utk menghasilkan corak. Bakar dalam oven yg telah dipanaskan pada suhu 175C selama 30 minit.
  6. Cake_and_muffin_008
    Sejukkan pie sebelum dipotong. Selok2nya gunakan tin khas untuk membuat pie atau quiche yg dasarnya boleh ditanggal keluar. Selamat mencuba...............

0 comments:

Post a Comment