Apple cake


Applecake

kek epal mudah.. sesuai utk minum petang


Bahan-bahan ( 18x18 cm )

  • 1 biji epal
  • 100g mentega-suhu bilik
  • 80g gula halus + 2 sudu besar gula
  • 2 biji telur
  • 100ml fresh cream/whipping cream
  • 150g tepung gandum
  • 1 sudu kecil baking powder

Cara-cara

  • Bersih dan kupas kulit epal. Potong kecil-kecil lebih kurang 3mm. Gaulkan dengan 2 sudu gula. Kemudian masak sehingga epal jadi lembut. Atau boleh juga masuk ke dalam microwave. Panaskan selama 3 minit.
  • Pukul mentega sehingga jadi bentuk krim. Kemudian masukkan gula, pukul sehingga putih.
  • Masukkan telur satu persatu sambil dipukul.
  • Lepas itu, masukkan fresh cream. Kacau sehingga sebati.
  • Kemudian masukkan tepung yg telah diayak dengan baking powder. Kacau sehingga sebati.
  • Akhir sekali masukkan epal+air (air yg keluar dr epal). Kacaukan. Lepas tu masukkanlah ke dalam loyang.
  • Bakar selama 35 minit dengan suhu 180C

0 comments:

Post a Comment