Buah melaka

Images

suriHati@myresipi.com

Bahan-bahan ( 20 biji )

  • 10 helai daun pandan -kisar dan ambil airnya
  • 2 ketul gula melaka
  • 2 cawan tepung pulut
  • 1 biji kelapa parut- ambil putihnya sahaja
  • secubit garam- digaulkan bersama kelapa

Cara-cara

  • Bancuh tepung bersama air daun pandan sehingga boleh diuli serata lembut. Pastikan adunan tidak terlalau lembek dan keras.(agak2 boleh dicubit)
  • Cubit adunan sebesar guli, masukkan gula melaka yg telah dipotong kecil2 ditengah2 adunan, bulatkan, dan pastikan menutupi keseluruhan gula.
  • masukkan ke dalam air yg sedang mendidih. Ulang sehingga 5-6 ketul.
  • Bila bebola timbul, bolehlah diangkat, dan ditapis sebentar sblm di gaul dgn kelapa

0 comments:

Post a Comment