Coffee cheesecake stick

  • Coffeecheesecakestick

bau harum cheesecake ni semasa dibakar boleh membuatkan jiran-jiran anda tertanya-tanya ;)


Bahan-bahan ( 18x18 cm )
  • 210g cream cheese
  • 45g butter
  • 60g gula halus
  • 3 biji telur kuning
  • 6 sudu besar fresh cream/whipping cream
  • 6 sudu kecil corn starch/ tepung jagung
  • 2 sudu kecil instant coffee
  • *75g butter-dicairkan
  • *3 sudu besar coconut flake
  • *150g biskut

Cara-cara

  • Kisar biskut. Kemudian campurkan dengan butter cair dan coconut flake. Masukkan ke dalam loyang. Tekan-tekan biar padat. Simpan dalam peti sejuk selama 30 minit atau sehingga hendak digunakan.
  • Biarkan cream cheese, butter dan telur dalam suhu bilik.
  • Pukul cream cheese dan butter sehingga jadi bentuk krim. Kemudian masukkan gula. Pukul lagi sehingga sebati.
  • Kemudian masukkan pula kuning telur -> fresh cream-> corn starch. Masukkan bahan2 ikut turutan sambil dikacau.
  • Akhir sekali masukkanlah instant coffee. Kacau lagi.
  • Tuangkan adunan ke dalam loyang yang ada biskut tadi. Bakar pada suhu 180C selama 20-25 minit.
  • Bila dah siap, sejukkan lebih kurang 1-2 jam. Kemudian potonglah dengan lebar 1.5cm.

  • NOTE: utk dapat rasa yg sedap, simpan dulu semalaman sebelum dimakan. Telur putih yg tak digunakan dalam resipi ni, boleh diguna utk resipi Peanut almond stick

0 comments:

Post a Comment