Goma Tantan Men

Img_3800

Sesame tantan mee. japanese style

Bahan-bahan ( 4 serving )

  • Mee kuning - cukup untuk 4 serving
  • 6 cawan air
  • 1 ketul kiub ayam knorr
a) bahan untuk sesame paste
  • - 6 sb bijan putih
  • - 3 sb syouyu (kicap jepun)
  • - 2 sb gula
  • - 2 sb ra-yu (minyak bijan pedas)
  • - 1 sb halia cincang
  • - 1 sb green onion cincang
b) bahan untuk "gu"
  • - 200gm beef mince
  • - 100gm chicken mince
  • - 1 sb tou-ban-jyan (boleh ganti dgn cili paste)
  • - 2 sb syouyu(kicap jepun)
  • - 4 sb ra-yu (minyak bijan pedas)
  • - 3 sb minyak masak
  • - 2 ulas bawang putih dicincang
  • - 1 sb halia cincang
  • - 3 sb green onion cincang
c) bahan untuk hiasan
  • - 3 sb bijan hitam
  • - shiraga negi (fine strips of white part of long green onion, rinsed in water and drained)
  • - mizuna (boleh guna sawi atau spinach yang dicelur)
  • Cara-cara

  • Untuk sup, didihkan air bersama kiub ayam.
  • Img_3790
    Kisar sesame sehingga halus dengan suri-bachi(seperti dlm gambar), campur syouyu dan gula dan kisar lagi sehingga menjadi paste. masukkan bahan lain di a) dan gaul.
  • Panaskan minyak dalam chinese wok, goreng daging mince sampai lerai/peroi.
  • Masukkan tou-ban-jyan, syouyu dan ra-yu.
  • Masukkan garlic, ginger, green onion dan goreng sampai kering air. Ketepikan.
  • Didihkan air dan celur mee beberapa minit sehingga masak.
  • Img_3791
    Dalam mangkuk besar, letak 1/4 bahagian goma paste, larutkan dengan 1/4 bahagian sup dan masukkan mee.
  • Img_3792
    Topping dengan "gu" dan bahan untuk garnish. tabur bijan hitam yang telah dipecahkan sedikit dengan lesung batu atau "suri-bachi"
    • Img_4544
    note:
  • ra-yu ialah sejenis minyak bijan yang telah ditambah cili. banyak digunakan dalam chinese food.
  • kalau tak ada ra-yu, bolehlah guna minyak bijan biasa dan tambah cili paste mengikut kepedasan yang disukai.


0 comments:

Post a Comment