Ikan Masak Ala Jawa


Masakan Jawa, Simple tapi sedap - resepi dari bonda


Bahan-bahan ( biji )

  • 4 ketul ikan - digoreng
  • 10 biji cili padi
  • 5 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 inci kunyit hidup
  • 3 batang serai - diketuk
  • 1 cawan santan
  • 1 keping asam keping
  • Garam secukup rasa

Cara-cara


  • Kisar semua bahan tersebut cili padi, bawang merah, bawang putih & kunyit
  • Panaskan minyak untuk menumis
  • Setelah minyak panas masukkan serai yg sudah diketuk biar 5 - 10 saat
  • Masukkan bahan yang sudah dikisar ke dalam kuali biar hingga naik bau @ kekuningan
  • Masukkan santan, garam secukup rasa & asam keping
  • Biar 20 - 30 minit kemudian masukkan ikan yang sudah digoreng
  • Sedia untuk dihidang - SELAMAT MENCUBA

0 comments:

Post a Comment