KUIH SIPUT PEDAS

Bahan-bahan ( 150-250 biji )

  • 600gram tepung gandum
  • 2 oz marjerin
  • 10 tangkai cili kering
  • 3 pelepah daun kari
  • 1 biji telur ayam
  • 1 cawan teh air
  • 1 sudu teh penuh garam halus
  • minyak untuk menggoreng

Cara-cara

  • tepung gandum dan marjerin digaul rata dengan menggunakan tangan dan diketepikan.
  • cili kering yang dibuang biji ditumbuk dan ditambah padanya daun kari yang dibuang urat daunnya, tumbuk sehingga hampir lumat.
  • cili kering dan daun kari yang telah ditumbuk dibancuh bersama air, garam dan telur kemudiannya dituang ke dalam adunan tepung tadi, diuli sehingga rata.
  • Jika adunan agak keras, tambah air sedikit-sedikit, jika agak lembik tambah gandum sedikit sedikit, terus menguli hingga adunan menjadi lembut dan sekata.
  • doh digentel bulat-bulat berdiameter lebih kurang 1 cm, kemudian digelek di atas acuan kuih siput, selepas siap ia digoreng dengan minyak yang banyak dibalik-balik agar masak sekata. Kuih siput sudah masak apabila kelihatan keperang-perangan, diangkat dan ditoskan

0 comments:

Post a Comment