MEE REBUS


Mee-kuah

Resepi dari mak mertua


Bahan-bahan ( 4 orang )

  • 500g mee
  • 5 cawan air rebusan tulang ayam
  • udang, daging, isi ayam
  • 3 ulas bawang putih diketuk
  • 1 sudu kecil lada hitam- tumbuk
  • sawi
  • taugeh
  • tomato
  • bawang goreng
  • sos tomato- jika suka
  • sos cili- jika suka
  • kicap cabai ( kicap manis + cabai dipotong halus + sedikit cuka)
  • sedikit minyak untuk menumis
  • garam
  • gula
  • ajino -jika suka
  • limau nipis

Cara-cara

  • Panaskan minyak. Tumis bawang putih sehingga naik bau
  • Masukkan isi ayam, daging atau udang. Kacau balik sekejap dalam 1-2 minit. Masukkan air rebusan
  • Masukkan pula lada hitam yang telah ditumbuk halus
  • Masak sehingga mendidih dan daging empuk.
  • Kemudian masukkan sawi, garam dan gula. Masak 2-3 minit. Padamkan api. Masukkan taugeh dan tomato yang dipotong
  • Celur mee dalam air mendidih.
  • Bila dah siap. Masukkan mee ke dalam mangkuk dan masukkan kuah tadi.
  • Taburlah dengan bawang goreng.
  • Kalau nak lagi sedap bolehlah dimasukkan sos tomato, sos cili, kicap cabai dan perahan air limau nipis.

0 comments:

Post a Comment