MEE KUNING

Mee_kuning

Home made mee kuning.Tidak ada bahan pengawet... rasa tetap sedap dan selamat...

Bahan-bahan ( 1 kilo )

  • 500 gm tepung
  • 200 ml air
  • satu sudu air abu
  • sedikit pewarna kuning
  • minyak secukupnya
  • garam secukupnya
  • air untuk merebus

Cara-cara

  1. Meekunging-bahan
    campurkan air abu ke dalam air dan letakkan sedikit pewarna kuning dan secukup garam dan kacau sehingga sebati. Kemudian tuangkan ke dalam tepung yang telang diletakkan dalam mangkok adunan
  2. Meekuning-adun
    uli sehingga menjadi adunan tetapi adunan mee agak kering bukan macam buat doh karipap)
  3. Meekuning-masuk_mesin
    ambil sedikit adunan dam masukkan ke dalam mesin pasta pada no1. Jika adunan berderai jangan khuatir kerana aduna akan bersatu setelah terus di putar.
  4. terus putar sehingga aduna menjadi kepingan yang rata dan halus... lakukan langkah dan proses seterusnya seperti buat kuey teow (sila rujuk di sana)


0 comments:

Post a Comment