MURTABAK MAGGI KAW2


Murtabakmaggie

belajar buat masa study dulu..

Bahan-bahan ( 2-3 orang )

  • 2 biji bawang merah dihiris
  • 1 bungkus maggi (lebih afdal sekiranya menggunakan perisa kari)
  • 4-5 cili padi dipotong halus
  • 2 biji telor
  • mayonis atau sos cili@tomato untuk cecah

Cara-cara

  • Mula-mula, rebus mee maggi sahaja. (jgn campur dengan perencah).
  • Setelah mee lembut, toskan dan asingkan.
  • Campurkan hirisan bawang merah, cili padi, telor, perisa maggi dan mee ke dalam mangkuk. Kacau sehingga sebati.
  • Panaskan kuali (lebih elok menggunakan kuali yang kecil sahaja-untuk mendapatkan murtabak yang tebal).
  • Masukkan sedikit minyak dan ratakan minyak pada permukaan kuali tadi.
  • Setelah minyak panas, masukkan campuran tadi dan ratakan pada permukaan kuali. Jangan balikkan2 selalu, dikhuatiri pecah pula.
  • Setelah permukaan murtabak garing, bolehlah diangkat dan dihidangkan panas2 bersama mayonis atau sos.

0 comments:

Post a Comment