SAMBAL SOTONG BERKUAH KACANG


Pc050144

sedapppppp lain dari yg lain...:D

Bahan-bahan ( 4-5 orang )

  • 2 ekor sotong kembang - dipotong dan dicelur dgn air panas selama 10 minit..( celur ni ikut petua CMG MyR...ekeke..thnxs CMG)
**Bahan Kisar**
  • * 12 tangkai cili kering- direbus hingga kembang
  • * 1 biji bawang besar
  • * 4 ulas bawang putih
  • * 2 inci halia
  • 1 batang serai - diketuk
  • 3-4 sudu kacang tumbuk
  • 1 sudu besar gula
  • 1 sudu kecil gula merah
  • air asam jawa- jus
  • garam - secukup rasa
  • minyak untuk menumis

Cara-cara

  • panaskan kuali dan tumiskan bahan-bahan kisar sehingga garing
  • masukkan air asam jawa, sotong dan serai dan masak sehingga sotong masak. ( kalau kering tambah sedikit air .)
  • masukkan gula, gula merah dan kacau hingga sebati
  • akhir sekali masukkan kacang tumbuk, kacau rata dan perasakan dgn garam dan pak aji ( kalo suka ) sesedap rasa. Siap untuk dihidang.

0 comments:

Post a Comment