SAMBAL TEMPOYAK PETAI IKAN BILIS


Dsc00320

masakan Pahang belah Lipis & Raub, resepi dari mak saya....boleh simpan lama dalam peti sejuk..makan dgn nasi panas2..sedapp...

Bahan-bahan ( 2 org atau lebih )

  • -3 1/2 sudu tempoyak (yang baru lg cun)
  • -4 papan petai (ambil isinya)

bahan tumbuk:-
  • 2 ulang bawang merah ,
  • 2 ulang bawang putih,
  • 5-8 cili padi merah2 (nak pedas tambah lg)dan sedikit garam.
  • 1 labu bawang besar potong bulat2
  • segenggam ikan bilis
  • sehelai daun kunyit muda diracik halus (utk harum)-tambahan sahaja
  • secubit @ hujung sudu kecik serbuk kunyit (utk warna)
  • 5 sudu minyak masak utk menumis

Cara-cara

  • panaskan minyak masak dan tumiskan bahan tumbuk sehingga naik bau.
  • masukkan tempoyak, ikan bilis, petai dan sedikit air tunggu sehingga petai layu/masak.
  • masukkan bawang besar, daun kunyit, serbuk kunyit td...tunggu sebentar dan angkat...

0 comments:

Post a Comment