SIEW MAI


Siewmai_1

Sejenis dim sum yang disukai ramai dan paling senang dibuat.

Bahan-bahan ( +-20 biji )

  • 500g ayam, dicincang
  • 100g isi udang, dicincang
  • 1 sudu besar tepung jagung
  • 2-3 ulas bawang putih, dicincang
  • 1 cm halia, dicincang
  • 1 sudu kecil minyak bijan
  • 1/2 sudu kecil serbuk lada putih
  • 1 sudu kecil gula halus
  • 1 sudu kecil kicap cair
  • 1/2 sudu kecil garam (atau secukup rasa)
  • *20 keping kulit wanton
  • *1-2 biji kuning telur masin, dibahagikan 20

Cara-cara

  • Gaulkan semua bahan-bahan kecuali yang bertanda * sehingga sebati. Perap selama 30 minit.
  • Letak 1 sudu besar ayam yang telah diperap ke atas sekeping kulit wanton. Rapatkan sekelilingnya dan letak sekeping kuning telur masin di atasnya. Ulang sampai habis - 20 biji. (Saya takde telur masin, letak cili je.)
  • Kukus dengan api besar selama 10-15 minit. Sedap dimakan panas-panas.

0 comments:

Post a Comment