African Marble Cake


African_marble_cake_2

Bahan-bahan ( loyang 10" x 3" tinggi )

  • 250g tepung naik sendiri
  • 200g gula kastor
  • 300g telur - timbang tanpa kulit ( saya guna 5biji size B )
  • 1camb ovellate
  • 1camt baking powder
  • 2camb susu pekat
  • 50ml susu segar
  • 175g butter - cairkan
  • 1/2camb coklat/strawberry/ kopi/pandan emulco - pilih satu yang digemari

Cara-cara

  • Pukul semua bahan kecuali butter cair dan emulco hingga pekat dan kuantitinya menjadi double.
  • Masukkan butter cair dan kacau adunan sebati. Asingkan 3 senduk adunan. Campurkan 3 senduk dengan emulco.
  • Tuang adunan banyak dalam loyang. Tuangkan sedikit2 adunan emulco dan corakkan atas adunan banyak.
  • Pastikan adunan hanya separuh loyang sebab kek ni akan naik double.
  • Bakar pada suhu 160 selama 45 minit atau sehingga masak.
  • Setelah masak, biarkan 5 minit dalam loyang lepas tu keluarkan.
  • Ini untuk elakkan kek jadi kecut.
  • *** tak sempat nk ambik gambar kek lepas potong...tgk2 dah lesap :D

TIP:*** lupa lak nk bg tau...klu manis leh kurangkan gula 180gm pun dah cukup ***

0 comments:

Post a Comment