AGEDASHI DOFU


Agedashi

Taufu goreng dgn sos amber. Original resepi ada guna mirin, boleh ganti sedikit gula sbb mirin rasa manis gitu.

Bahan-bahan ( 4 orang )

  • Satu kotak taufu
  • Tepung ubi secukupnya
  • Minyak untuk menggoreng
Sos:
  • 1-1/4 cawan dashi stock
  • 1 sudu besar jus halia
  • 5 sudu besar kicap
  • Sedikit gula (atau 5 sudu besar mirin)
  • * 2 sudu besar tapung ubi (dicampur dgn 1/4 cawan air)
Hiasan:
  • Parutan Ikan bonito
  • Daun bawang

Cara-cara

  • Potong taufu kepada empat segi saiz sederhana. Keringkan dgn paper towel atau kain.
  • Salut taufu dengan tepung ubi dan goreng sehingga warna kekuningan. Diketepikan.
  • Masukkan semua bahan2 untuk sos kecuali yg bertanda * kedalam periuk kecil. Panaskan sehingga mendidih, masukkan campuran tepung ubi untuk memekatkan sos. Biar medidih sekali lagi, dah siap.
  • Letak taufu kedalam mangkuk kecil, tuangkan sedikit sos dan taburkan parutan ikan bonito dan daun bawang.

0 comments:

Post a Comment