Tamago Yaki


Img_3156

Japanese style. boleh guna untuk sushi ataupun bentou.


Bahan-bahan ( sekeluarga )

  • 5 biji telur
  • 1 s/b gula
  • 1 s/k garam
  • 1 s/k serbuk dashi
  • 2 s/b air suam
  • 20 gm hijiki (optional)
  • Cara-cara


  • Img_3140 Pecahkan telur kedalam mangkuk.
  • Guna chopstick untuk memukul dengan menjarakkan sedikit seperti dalam gambar. guna kaedah seolah memotong telur lebih kurang 10 kali.
  • pusingkan mangkuk 90 degree(bukan sengetkan tau), pukul lagi 10 kali. ini untuk mendapatkan tamago yaki yang lembut dan fluffy.
  • Masukkan serbuk dashi, gula dan garam kedalam air, kacau supaya larut semua. masukkan kedalam telur dan pukul lagi lebihkurang 10 kali supaya sebati.
  • Masukkan hijiki(klu ada) dan kacau sebati.
  • Img_3141 Panaskan kuali persegi untuk tamago yaki. klu tak ada boleh guna frypan biasa. cuma tak akan jadi persegi la nanti.
  • Img_3142 Bila kuali dah cukup panas, sapu minyak dengan kitchen paper. tuang 1/2 cup adunan telur.
  • Img_3143Bila bahagian bawahnya nampak keputihan sedikit, kacau dengan chopstick. lebihkurang macam dlm gambar tapi jangan buat macam scramble egg.
  • Img_3144 Bila permukaannya nampak pekat sikit, lipat guna chopstick. jangan biar keras dulu baru lipat, nanti tak melekat pulak.
  • Img_3145 Lipat tiga macam dalam gambar. masa ni tak cantik pun tak apa.
  • Img_3148 Tolak telur ke hujung.
  • Img_3149 Curah 1/4 cup lagi kedalam kuali.
  • Img_3150 Sambil sengetkan kuali, angkat sedikit telur dengan chopstick supaya telur mengalir ke bawah telur. Ulangi proses 6. sampai habis semua telur.
  • Img_3151 Bila dah habis, tekan sedikit permukaan telur sambil balik-balikkan supaya bentuk dia jadi persegi cantik. angkat dan biarkan sebentar diatas chopping board sebelum dipotong. Enak dimakan panas atau sejuk. masuk dalam bentou pun sedap.

0 comments:

Post a Comment