Apam Balik Manis


Apam_balik_manis

resepi utk yg teringin nk mkn apam balik ;)


Bahan-bahan ( 20 keping )

* Bahan lempengnya *
  • 250 gm tepung gandum
  • 375 ml santan suam
  • 150gm gula
  • 2 bj telur ayam
  • 1 st ragi segera
  • 1/4 st soda bikarbonat
* Bahan inti *
  • jagung manis
  • gula pasir
  • kacang tanah disangai & ditumbuk separuh halus

Cara-cara

  • Masukkan ragi ke dalam santan suam, kacau hingga berbuih. Ketepikan.
  • Satukan tepung, gula dan telur sambil santan sikit demi sedikit. Kacau hingga gula larut. Masukkan pula soda bikarbonat. Kalau nk mudah, blend semua skali
  • Perap bahan2 tersebut selama 1 jam.
  • Bila nk masak,panaskan acuan dan sapu sikit marjerin ( seeloknya guna non stick pan ). Ambil sedikit adunan dan tuang dalam pan. Adunan akan membentuk dengan sendiri di dalam pan mcm buat lempeng biasa.
  • Sebelum adunan kering, masukkan sedikit kacang tanah, gula & jagung manis. Setelah betul2 masak, lipat dua apam tersebut & angkat keluar dr pan.
  • Sedap makan time panas ngan kopi o' ;)

0 comments:

Post a Comment