KEK BUAH SEMPOI LIZA


Picture_739

x pkai telur n gula, rasa dia pun x sweet sgt..kira manis2 buah gitu.

Bahan-bahan ( 1 loyang (20cm) )

  • 250gm butter
  • 1 tin kecil susu pekat manis
  • 1 kotak mixed fruit
  • 1 cawan air masak
Bahan A:-
  • 3 cawan tepung gandum
  • 1 biji oren diambil jus dalam 1/2 cawan ( kalu x d, guna jus dlm kotak atau bancuh kordial jd 1/2 cwn)
  • 1 sudu teh soda bikarbonat

Cara-cara

  • Campur butter, susu pekat, mixed fruit dan air masak dalam periuk. Masak atas api perlahan hingga cair semua. Angkat dan biar sebentar, masukkan dalam fridge semalaman. (kalu nak buat esok pagi, masak malam ni n simpan dalam peti di bhgn biasa tau..bukan freezer)
  • Keluarkan dan biar dalam 1 jam. Lepas tu campurkan dengan semua bahan A. Kacau dengan senduk, sebati.
  • Masukkan dlm loyang yg dialas kertas dan dgris. Bakar hingga masak ikut oven (jun masak dlm 1 1/2 jam)
  • * simpan semlmn supaya jus dr buah tu meresap skalik..warna kek pun perang sbb kismis dan adunan ni agak pekat, jgn risau. Buah2 pun sekata, x mendap..*

0 comments:

Post a Comment