Olahan dari pelbagai resipi dan teknik
Bahan-bahan ( 8 biji )
- 120 ml air
- 200 g tepung roti
- 50 g tepung halus/tepung kek
- 30 g telur
- 20 g mentega
- 20 g lemak sayur
- 1/2 camca teh garam halus
- 40 g gula halus
- 1 camca besar susu tepung
- 1 camca teh yis
- 1/2 camca teh bread improver
- 1/2 camca teh bread softerner
- 1/2 cawan dry apricot, dicincang halus
Cara-cara
- Satukan ke semua bahan mengikut urutan ke dalam bread maker, kecuali aprikot.
- Pilih setting utk doh dan on kan.
- Bila bread maker berbunyi utk kali pertama, masukkan cincangan aprikot dan biar hingga doh siap (kurang lebih 1 jam 30 minit).
- Keluarkan doh dan tumbuk utk membuangkan udara. Rehatkan 10 minit.
- Tabur sedikit tepung di atas permukaan papan pencanai. Ambil doh tadi dan bulat2kan. Canai hingga memjadi satu bulatan berdiameter 14 inci.
- Bahagi kan kepada 8 bahagian yg sama besar. (seperti dalam gambar)
- Dengan cermat gulung perlahan dari luar ke dalam (dari bahagian besar hingga ke bucu yg tajam). Alihkan ke dalam dulang yg telah disapu sedikit mentega. Biarkan naik kurang lebih 35 - 40 minit.
- Bakar dalam oven yg telah dipanaskan pada suhu 180C selama 10 minit.
- Sapukan dgn mentega sejurus roti dikeluarkan dari oven.
- Rupa dan gaya boleh dipelbagaikan mengikut kreativiti masing2. Selamat mencuba.



































0 comments:
Post a Comment