Buttermilk Biscuits


Buttermilk_1

DianaA@myresipi.com

Bahan-bahan ( 20 biji )

  • 4 cawan tepung naik sendiri
  • 2 cawan buttermilk
  • 1/4 cawan buttermilk (untuk sapu)
  • 2/3 cawan shortening
  • 1 sudu besar baking powder
  • 1 sudu besar gula

Cara-cara

  • Masukkan tepung naik sendiri, gula dan baking powder kedalam mangkuk dan gaul sehingga semua sebati.
  • Kemudian masukkan shortening dan menggunakan jari campurkan aduanan tepung dan shortening sehingga ia menjadi seperti serbuk roti.
  • Masukkan 2 cawan buttermilk dan uli sehingga menjadi doh.
  • Canai adunan setebal 1 inci dan terap bulat sebesar 2 inci. D terap comel2 senang nak masuk mulut.
  • Sapukan permukaan adunan dengan 1/4 buttermilk dan bakar didalam oven pada suhu 180'C selama 15 - 20 minit sehingga kekuningan.
Nota:
  • D menggunakann 1 tin susu cair (2 cawan susu + 1/4 cawan air panas) dan jus dari 1 biji lemon untuk menghasilkan buttermilk.
  • Biarkan ia seketika selama 10 minit sehingga ia bergentil-gentil sedikit dan sedia untuk digunakan.

0 comments:

Post a Comment