AYAM GORENG STYLE BERIANI


Ayam_goreng_style_beriani_3

Ayam ini memang sesuai dihidangkan dengan Nasi Beriani atau juga enak disediakan sebagai salah satu juadah untuk dimakan dengan nasi putih dan lauk yang seiring dengannya.


Bahan-bahan ( 6 - 8 orang )

  • 1 ekor ayam, belah 4 atau 6 kepak ayam
  • 5 sudu besar pes halia dan bawang putih
  • 1 biji telur
  • 5 sudu besar serbuk cili
  • sedikit serbuk ketumbar
  • sedikit serbuk jintan manis
  • garam secukup rasa
  • tepung beras secukupnya

Cara-cara

  • Ayam_goreng_style_beriani_1
    Gaul semua bahan diatas kecuali tepung beras sehingga sebati dan perap selama 30 minit
  • Ayam_goreng_style_beriani_2
    Kemudian tabur tepung beras dan salut secukupnya.
  • Goreng dalam deep fryer pada suhu 160 darjah C selama 15 minit atau sehingga masak. Angkat, toskan dan sedia untuk dihidang.
Nota:
  • Boleh juga campurkan daun kari, ia akan membangkitkan aroma sewaktu ayam digoreng.

0 comments:

Post a Comment