AYAM MASAK KORMA


Dscn3284

resipi turun temurun dan kesukaan sekeluarga


Bahan-bahan ( sekeluarga )

  • 1 ekor ayam di potong 16
  • rempah tumis ( kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga )
  • 1 sudu besar jintan manis
  • 1 sudu besar jintan putih
' * ' bahan yg di kisar
  • * 1 biji bawang besar
  • * 5 ulas bawang putih
  • * 2 inci halia
  • 5 sudu besar rempah kurma
  • 2 biji kentang di belah 2-4
  • air secukupnya
  • minyak sapi/minyak masak
  • garam
  • gula

Cara-cara

  • panaskan minyak sapi/minyak masak dan tumis rempah tumis, jintan manis dan jintan putih dahulu dan masukkan pula bahan yg telah dikisar tadi sehingga naik bau dan garing
  • selepas 5-8 minit masukkan rempah kurma dan tumis sehingga kering dan masukkan air sedikit demi sedikit
  • masukkan ayam dan ubi kentang kacau sebentar selama 5 minit
  • tambah air ikut kesukaan dan masak sehingga ayam dan ubi kentang hingga empuk
  • masukkan gula dan garam ikut suka rasanya.
  • tunggu sehingga kesemuanya siap dimasak dan bolehlah dihidangkan

0 comments:

Post a Comment