Ayam Masak Lemak Cili Padi


Ayam+masak+lemak+cili+padi

Inilah resipi Ayam Masak Lemak Cili Padi Style Bonda D..


Bahan-bahan ( 4 orang )

  • 1 ekor ayam, dipotong ikut suka
  • 1 liter santan
  • 3 biji tomato, dibelah dua
  • 1 batang serai, dititik
  • 1 helai daun kunyit, disiat empat
  • garam secukup rasa
  • minyak secukupnya

Bahan untuk dikisar

  • 10 batang cili padi merah
  • 10 batang cili padi hijau
  • 3 biji bawang besar
  • 1 ulas bawang putih (besar kalau kecil letak 2 ulas)
  • 1 inci halia
  • 1 inci kunyit hidup

Cara-cara

  • Ayam yang telah dibersihkan digaul dengan sedikit garam dan serbuk kunyit dan digoreng sehingga ia ¾ masak. Angkat dan ketepikan.
  • Panaskan minyak dalam periuk. Masukkan serai, bahan yang telah dikisar dan daun kunyit. Tumis sehingga ia naik bau dan keluar minyak.
  • Masukkan garam dan serbuk perasa bersama ayam yang telah digoreng tadi. Gaul kesemuanya sehingga sebati.
  • Masukkan santan dan api dikecilkan sedikit dan gaul rata. Biarkan sehingga kuahnya meresap kedalam ayam dan mendidih.
  • Selalu dikacau jadi tidak pecah minyak kuahnya. Bila dah mendidih dan ayam telah pun masak dan kuahnya meresap, masukkan tomato dan matikan api dan tutup periuk. Setelah 5 minit tomato pun dah layu sedikit, angkat dan hidangkan.
Nota:
  • Sekiranya anda tidak tahan pedas boleh kurangkan kuantiti cili padi merah dan hijau dalam masakan ini.

0 comments:

Post a Comment