AYAM PERCIK KELATE


Ayam_percik_kelate

Masakan kelate.. masa kecik2 dulu slalu tolong ma buat ni

Bahan-bahan ( Satu keluarga )

  • Sekor Ayam
  • 1 liter santan
  • 4 ulas bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 2 inci halia
  • 3 Batang serai
  • 1 cm kunyit hidup (serbuk kunyit pun boleh jgk)
  • 1 sudu beras (direndam sekejap, dan ditumbuk hingga lumat)
  • 1 keping asam keping
  • 3 tangkai cili kering
  • Garam dan gula

Cara-cara

  • Tumbuk 1 inci halia dan 2 ulas bawang putih bersama garam yang secukupnya.
  • Perapkan bahan tersebut bersama dengan ayam (saiz ayam tu bergantung pada individu).
  • Kemudian kukus ayam tersebut sehingga 3 suku masak.
  • Kalau dah terlebih masak pun tak per jugak.
  • Sementara menunggu ayam tu masak, blendkan bawang merah, bawang putih, halia, kunyit, cili kering tadi bersama.
  • Masukkan kesemua bahan yang diblend, beras yang ditumbuk, santan, serai yang diketuk, asam keping, garam dan gula kedalam periuk. (Beras akan menyebabkan santan tu menjadi pekat dan berkeladak sedikit)
  • Masak kesemua bahan2 tersebut. Semasa memasak bahan tersebut, perlu diingatkan supaya sentiasa mengacau sehingga mendidih dan sehingga naik minyak.
  • Bila rasanya dah ok, blehla tutupkan api.(Kalau guna santan kotak, memang takkan nak minyak walaupun kuah tu kering)
  • Ayam yang siap dikukus tadi bleh la dibakar.. sehingga keperang-perangan.
  • Bila dan perang, cucurkan kuah santan tadi keatas ayam tersebut dan bakar lagi.
  • Kalau agak2 susah nak guna cara ni, bakar guna oven pun bleh jugak.
  • Dah pun siap dan bleh la dimakan dengan nasi putih.

2 comments:

Anonymous said...

ayam percik kelantan tak warna kuning la... kalu x silap warna putih

Riezanie said...

oh ya ke...masa saya di kelantan..pernah gerk makan ayam percik kelate..kuning plak.hehehe.apa pun timakasih kerna melawati laman web ini

Post a Comment