CHEESE & ONION PULL - APART BREAD


Image169

resipi sendiri, main agak2 je based on roti yg pernah beli di kedai...


Bahan-bahan ( 4-5 org )
  • 125ml susu segar (suam)
  • 10g yeast instant
  • 250g tepung gandum
  • 1/2 sudu kecil garam, 1 sudu kecil gula
  • 1 biji telur
  • 30ml olive oil
  • 2 sudu besar parmesan cheese

Utk topping

  • - shredded cheese & bawang goreng (saya guna cheese emmental + gouda cheese)

Cara-cara

  • Masukkan tepung dlm mangkuk besar, buat lubang di tengah-tengah. Masukkan susu suam, gula dan yeast. Kacau sekali dua, tutup dengan kitchen towel dan biarkan selama 15 minit.
  • Masukkan bahan-bahan lain (telur, garam, parmesan cheese, olive oil) ke dalam adunan tepung, uli hingga sebati dan tidak melekit. Jika melekit, tambah sedikit tepung.
  • Setelah doh diuli, tutupkan mangkuk dengan kitchen towel dan biarkan doh naik hingga menjadi lebih kurang 2 kali ganda.
  • Setelah naik dua kali ganda, tumbuk-tumbuk doh utk keluar kan angin. Bahagikan doh kepada bebola kecil-kecil (tak perlu sama saiz).
  • Masukkan bebola doh dlm loaf tin atau cake tin yg telah di grease dgn sedikit olive oil. (susun bebola doh secara bertindih, menjadi 2-3 lapisan)
  • Tutup loaf/cake tin dengan kitchen towel, biar doh naik 2 kali ganda.
  • Taburkan bawang goreng, diikuti dengan shredded cheese. Bakar dlm pre-heated oven, 180 C selama 20-30 minit.Image164 Roti yg telah siap dibakar tak perlu di potong, just "pull-apart" je. Sedap makan panas2, cicah dengan mushroom soup pun sedap.

0 comments:

Post a Comment