CREAM CHEESE SPIRAL


Step_by_step_367

Dari buku "Cakes And Bakes"....memang sedap, bila makan terus lesap je dalam mulut....penuh nikmat!!!

Bahan-bahan ( 16biji )

BAHAN DOH:-
  • 110 g mentega
  • 110 g cream cheese
  • 120 g tepung gandum
  • 2 camca besar gula aising
BAHAN DI INTI:-
  • 20 g kacang walnut, dikisar sederhana halus
  • 20 g kacang badam, dikisar sederhana halus
  • 50 g gula perang (brown sugar)
  • 1/2 camca teh serbuk kayu manis
BAHAN LAIN:-
  • 1 putih telur
  • Gula aising secukupnya

Cara-cara

  1. Step_by_step_376
    Dalam satu bekas, dengan menggunakan wisk, kacau mentega, cheese dan gula aising hingga sebati dan sedikit kembang. Masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil digaul perlahan hingga tepung habis dan adunan tidak melekat di mangkuk. Jgn bimbang jika adunan agak lembut.
  2. Step_by_step_375
    Bulat2kan doh tadi dan leperkan sedikit, bungkus dgn menggunakkan plastik cling dan sejukkan 40 minit - 1 jam dalam peti ais.
  3. Step_by_step_369
    Sementara itu satukan semua bahan2 inti dan gaul hingga rata. Keluarkan doh dari peti sejuk, tabur tepung pada papan pencanai dan canai doh berhati2 sehingga menjadi bulatan berukuran 11 inci...
  4. Step_by_step_371
    Sapu dgn putih telur hingga rata dan tabur bahan2 inti hingga memenuhi permukaan doh. Dgn pisau yg dicelup dgn tepung, bahagikan bulatan tadi kepada 16 bahagian yg sama besar.
  5. Step_by_step_372
    Dengan berhati2, gulung potongan tadi dari bahagian luar ke dalam. Gunakan pisau bercelup tepung utk melonggarkan bahagian bawah doh masa menggulung.
  6. Step_by_step_374
    Perlahan2 pindahkan gulungan tadi ke atas dulang pembakar yg telah disapu dgn sedikit mentega. Sapu dgn kuning telur (kalau suka).
  7. Step_by_step_379
    Bakar dalam oven pada suhu 175C, selama 15 - 20 minit. Begantung pada keadaan oven masing2. Sejukkan atas redai hingga dingin. Ayak gula aising sebelum dihidangkan.

0 comments:

Post a Comment