Bahan-bahan ( 24 biji )
Bahan A:-- 4 kuning telur (gred A)
- 100 g tepung naik sendiri (self-raising flour)
- 30 ml pati santan (boleh guna susu atau air)
- 30 g minyak jagung/masak
- Secubit garam
- 1 camca teh paste pandan
- 50 g gula halus
- 4 putih telur (gred A)
- 60 g gula halus
- 1/2 camca teh cream of tartar
Cara-cara
- Satukan kesemua bahan2 A dalam satu bekas. Kacau menggunakan wisk hingga semua sebati dan berkrim. Ketepikan
- Pukul putih telur pada kelajuan tinggi, masukkan cream of tartar dan gula sedikit demi sedikit hingga habis dan terus memukul hingga pekat dan kental.
- Kemudian gaul putih telur tadi ke dalam adunan A dgn kaedah 'kaup balik' hingga rata dan sebati.
- Isi dalam muffin cup hingga penuh. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175C selama 15 - 20 minit. Ia akan sedikit mengecut bila masak, jgn bimbang mmg dah lumrah kek chiffon berkeadaan mcm tu. Sejukkan sebelum dihidang.
0 comments:
Post a Comment