KEK CHIFFON KELADI


Step_by_step_364

Mat Gebu@myresipi.com

Bahan-bahan ( Acuan Chiffon Berukuran 26cm )

Bahan A:-
  • 6 kuning telur (gred A)
  • 150 g gula halus
  • 100 ml pati santan (guna santan kotak)
  • 100 ml minyak jagung/masak
  • 70 ml air
  • 225 g tepung gandum*
  • 1 1/2 camca teh baking powder*(*diayak bersama)
  • 1 camca teh perisa keladi
  • 1/2 camca teh pewarna ungu
  • Secubit garam

Bahan B:-

  • 6 putih telur (gred A)
  • 135 g gula halus
  • 1/2 camca teh cream of tartar

Cara-cara

  1. Step_by_step_358
    Dalam satu bekas, satukan semua bahan A dan kacau dgn wisk hingga semua sebati dan larut. Ketepikan sebentar.
  2. Step_by_step_355
    Masukkan putih telur ke dalam mixing bowl, masukkan cream of tartar dan putar pada kelajuan tinggi. Masukkan gula sedikit demi sedikit sambil terus memukul hingga kembang dan kental.
  3. Step_by_step_357
    Gaulkan putih telur tadi ke dalam no.1 dgn kaedah "kaup balik" hingga sebati.
  4. Step_by_step_359
    Tuang dalam acuan chiffon dan ratakan. Tak payah disapu apa2 pada acuan. Biar macam tu saja. Hentak 2 - 3 kali utk membuangkan ruang2 udara dalam adunan kek tadi.
  5. 24082007489
    Bakar dalam oven pada suhu 175C, selama 30 - 35 minit. Bila kek masak, keluarkan dari oven dan terus terbalikkan acuan tadi atas dulang dan biarkan sejuk dalam acuan dalam berkeadaan terbalik.
  6. Step_by_step_360
    Bila kek betul2 sejuk, sisip tepi acuan dgn pisau kecil, tanggalkan acuan dan sisip juga bahagian dasar acuan dan boleh alihkan kek ke pinggan. Potong dan hidangkan.

0 comments:

Post a Comment