Cookie Madu

Honey-cookies

Honey Cookie

Bahan-bahan ( 50 keping )

  • 120g tepung gandum
  • 2 sudu kecil serbuk koko
  • 70g gula perang
  • 1 sudu kecl madu
  • 70g butter- suhu bilik

Cara-cara

  • Pukul butter sehingga jadi bentuk krim
  • Kemudian masukkan gula. Pukul sehingga kembang
  • Lepas tu masukkan madu. Kacau rata.
  • Masukkan pula tepung yang telah diayak dengan serbuk koko. Kacau sehingga sebati.
  • Alaskan dulang dengan oven peper.
  • Ambik sedikit adunan tadi lebih kurang besar ibu jari dan uli jadi bentuk bulat. Buat sampai habis.
  • Aturkan di atas dulang. Jauhkan sikit jaraknya. Ambik plastik wrap, letak di atas cookies. Tekan dengan bahagian bawah gelas supaya jadi nipis.
  • Bakar dalam oven selama 10-12 minit pada suhu 170 degree

0 comments:

Post a Comment