Daging betawi


Daging_betawi1

Belajar kat KEMAS , sedap mkn ngan nasi beriani .


Bahan-bahan ( 4 orang )

  • 1/2 kilo daging batang pinang
  • 2 biji bawang besar
  • 1/2 inci halia
  • 1/2 inci lengkuas
  • 1 1/2 sudu besar gula
  • 1 sudu besar cuka
  • 1/4 cawan kicap pekat
  • 2 ulas bawang putih
  • 3/4 cawan minyak
  • 3 sudu besar cili kisar

Cara-cara

  • Hiris daging dan perap dengan cuka , gula dan kicap selama 1/2 jam .
  • Kisar bawang besar , bawang putih ,halia dan lengkuas kemudian campur dengan cili kisar .
  • Panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga naik baunya .
  • Masukkan daging dan kacau rata .Masukkan air untuk mengempukkan daging .
  • Masak hingga pekat dan perasakan dengan garam . Sedia untuk dihidangkan .

0 comments:

Post a Comment