Daging Hitam Manis


Daging_masak_merah

Resipi utara..


Bahan-bahan ( 4 Orang )

  • 1/2 kilo daging (dipotong kiub)
  • 5 ulas bawang merah (kisar)
  • 5 ulas bawang putih (kisar)
  • 1/2 inci halia (kisar)
  • 6 sudu besar sos tiram
  • 10 sudu besar kicap pekat
  • 6 sudu besar sos cili
  • 3 kuntum bunga lawang
  • 2 batang kulit kayu manis
  • 1 tangkai daun kari
  • 15 tangkai cili kering (kisar)
  • 1 labu bawang besar (potong bulat)
  • Minyak utk menumis
  • Garam, gula dan serbuk MSG secukup rasa.

Cara-cara

  • Kisar bawan merah, bawang putih, halia,sos tiram, kicap pekat, sos cili dan cili kering bersama sedikit air dan sedikit minyak.
  • Panaskan kuali.Tumis kayu manis, bunga lawang dan daun kari terlebih dahulu hingga harum.Kemudian masukkan bahan kisar tadi.
  • Masak hingga mendidih di atas api sederhana.
  • Masukkan daging.Dan masak sehingga daging betul betul empuk.
  • Masukkan garam, gula dan serbuk MSG secukup rasa dan masak lagi.
  • Masukkan bawang besar.Jika pekat boleh ditambahkan air

0 comments:

Post a Comment