Donut


Donut1

Senang dah sedap (asas doh dari German Berliner)


Bahan-bahan ( 12 biji )

  • * 1/2 sudu kecil garam
  • * 250 gm tepung
  • * 25 gm gula
  • * 1 biji kuning telur
  • * 1 sudu besar minyak
  • * 2 sudu kecil yis
  • * 125 ml susu suam

Cara-cara

  • Gaul sebati tepung, gula, telur kuning, minyak.
  • Masukkan yis dalam susu suam. Tuang sedikit-sedikit susu tersebut ke dalam adunan tepung. Uli sampai tak doh melekat ke bekas.
  • Buat bulat. Masukkan dalam bekas, tutup dengan plastik wrap. Letak tempat panas.
  • Biar naik 1 kali ganda (lebih kurang 1 jam).
  • Keluarkan doh dari bekas. Tumbuk-tumbuk spy keluar angin.
  • Leperkan doh lebihkan 1/2 inchi. Bolehlah potong dengan donut cutter. (Saya takde donut cutter or scone cutter. Kita guna mulut gelas jer utk potong bulat.
  • Lubang kat tengah tu, saya tekap dengan icing nozzle (^+^).
  • Biarkan naik sekali ganda lagi > Lebih kurang 30 min.
  • Bolehlah di goreng ya. Siap goreng, ditoskan minyak atas jaring atau mengggunakan apa-apa yang patut.
  • Lepas sejuk, boleh dihias dengan topping kegemaran masing-masing.

:Buat Donut Menggunakan Breadmaker:

  • Masukkan semua bahan mengikut turutan di atas.
  • Pilih menu buat doh. Tunggu siap - atau boleh je stop sendiri dlm masa 20 min).
  • Ikut cara-cara seterusnya kat atas mula dari no.3.

0 comments:

Post a Comment