EASY SARDINE ROLL


Dscf6383-1

senang sgt nak membuatnya.

Bahan-bahan ( 6 orang )

  • 1 buku roti gardenia
  • 1 tin kecil sardine
  • 2 biji limau nipis
  • 1 biji bawang merah saiz sederhana (dipotong dadu kecil2)
  • 2 biji cili api di hiris nipis2
  • 1 biji kuning telur
  • 3 biji telur (dipukul dadar)
  • secubit garam

Cara-cara

  • sardine dihancurkan dlm mangkuk dengan melenyekkannya dengan garfu. biar betul2 hancur
  • masukkan bawang, cili api dan garam ke dalam sardin yg telah dilenyek td. kacau hingga sebati.
  • perahkan limau nipis ke dalam adunan td supaya tidak terlalu hanyir. kacau hingga sebati.
  • perapkan seketika. kalau nak buat sarapan pagi, buat la mlm sebelumnya dan perap hingga pagi.
  • ambil roti gardenia dan lenyekkan tepi kulit roti tu.
  • letakkan sedikit sardine td dan gulung. untuk roti tidak terbukak, sapukan kuning telur di hujung gulungan roti untuk melekatkannya.
  • ambil roti yg telah digulung, celup dlm telur dadar dan goreng. pakai kuali leper dan letak minyak byk. setelah selesai goreng, biarkan sejuk seketika dan kemudian bolehlah potong kecil2 seperti di dalam gambar.

0 comments:

Post a Comment