resepi asal (tanpa coklat) dr sis tp dah ditokok tambah sikit supaya ada kelainan dari resipi kek pisang yg lain
Bahan-bahan ( saiz loyang 9" x 9" )
- 250gm mentega/marjerin
- 3/4 cawan gula caster
- 2 cawan tepung naik sendiri
- 5 biji telur gred A
- 1 cawan pisang yg dilecek
- 1/2 sudu teh soda bikarbonat
- 1 sudu teh esen vanila
- 150gm coklat masakan - diparut menggunakan pengupas kulit ubi kentang atau boleh juga dicincang
Cara-cara
- Panaskan oven 180C. Griskan loyang dengan mentega/marjerin dan taburkan tepung.
- Ayak tepung. Sekiranya tiada tepung naik sendiri boleh juga diguna tepung gandum biasa dan tambahkan 1 sudu teh baking powder.
- Masukkan soda bikarbonat ke dalam pisang yg telah dilecek dan gaul sebati. Saya hanya menggunakan 1/2 sudu teh soda bikarbonat supaya kek tidak terasa pahit.
- Pukul telur dengan kelajuan tinggi hingga betul2 kembang dan masukkan 2 sudu makan tepung kedalamnya supaya adunan telur tidak turun. Pukul lagi sehingga sebati.
- Pukul mentega dan gula dalam bekas berasingan hingga kembang(putih) dan masukkan pisang dan esen vanila kedalamnya. Pukul lagi hingga adunan menjadi sebati.
- Masukkan telur kedalam adunan mentega. Pukul hingga sebati. Masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis dengan kaedah kaup balik. Jgn gaul terlalu lama.
- Masukkan coklat yg telah diparut dan gaul tapi jgn terlebih gaul nanti coklatnya menjadi hancur.
- Masukkan ke dalam loyang dan bakarlah hingga masak, lebih kurang 45 minit.
- Kek pisang ini lebih sedap dimakan ketika masih suam2 panas kerana masa tu coklatnya masih lg cair dan bahagian tepi/atas kek agak rangup
- Selamat mencuba..

































0 comments:
Post a Comment