EGG NOODLE STIR - FRY


Pic_018

diubah suai dari resepi dlm majalah "delicious" keluaran june 2005.. simple je resepi nye =)

Bahan-bahan ( 4 org makan )

  • 375 g egg noodle
  • 1/4 cwn (60 ml) sos tiram
  • 2 sudu besar kicap pekat
  • 1/4 cwn (60 ml) stok ayam - boleh diganti dgn 1/2 kiub ayam yg dilarut dlm 1/4 cwn air panas
  • 2 sudu kecil gula
  • 600 g daging - dihiris
  • 4 cm halia - dihiris
  • 2 ulas bawang putih - dihiris
  • sayur kailan (saya takde kailan, ganti dgn capsicum dan zucchini)
  • 1 biji cili merah - dihiris
  • 1 1/2 sudu besar Chinese rice wine (resepi sebenar ada guna, so non-muslim boleh la letak)

Cara-cara

  • Rebus egg noodle bersama garam sehingga agak kembang (jgn kembang sgt). Tapiskan dan letak ketepi.
  • Campurkan sos tiram, kicap pekat, stok ayam, gula dan rice wine (jika guna) di dalam mangkuk kecil. Gaulkan.
  • Panaskan kuali dan letakkan satu sudu besar minyak. Bila panas, masukkan hirisan daging dan stir-fry sehingga agak masak. Kemudian, pindahkan ke dalam mangkuk dan ketepikan.
  • Tambahkan sedikit lagi minyak ke dalam kuali. Tumis bwg putih, halia, cili dan sayur selama 1-2 minit.
  • Kemudian, masukkan daging dan campuran sos tadi. Masak sampai kuah menjadi sedikit pekat. Tambahkan garam secukup rasa.
  • Masukkan noodle ke dalam kuali dan gaul hingga rata. Siap! =)





0 comments:

Post a Comment