ENGLISH BLUEBERRY POUNDCAKE


Step_by_step_109

Idea untuk menghabiskan saki baki blueberry...jadi terhasillah "English Blueberry Poundcake"


Bahan-bahan ( 5 biji, tin berukuran 5 inci x 3 inci )

  • 225 g mentega, pada suhu bilik
  • 1 1/2 cawan gula aising, diayak
  • 1 biji lemon, diparut kulit dan perah jusnya
  • 4 biji telur Gred A, diasingkan kuning dan putih
  • 2 cawan tepung berserbuk penaik, diayak
  • 1 cawan blueberry filling
  • Badam keping (flake almond) utk hiasan

Cara-cara

  1. Pukul mentega, gula aising dan parutan kulit lemon hingga putih.
  2. Masukkan kuning telur satu persatu sambil terus memutar pada kelajuan tinggi hingga kembang.
  3. Perlahankan kelajuan, masukkan tepung berselang seli dgn blueberry filling hingga habis. Masukkan juga jus lemon. Gaul hingga rata. Ketepikan.
  4. Dalam mangkuk yg bersih dan kering, masukkan putih telur dan secubit garam. Pukul pada kelajuan tinggi hingga putih telur menjadi kental.
  5. Dengan menggunakan spatula, kaup perlahan putih telur ke dalam adunan kek perlahan hingga rata.
  6. Masukkan adunan ke dalam tin kek yg telah di sapu mentega dan ditabur sedikit tepung. Tuang hanya 3/4 penuh, tabur dgn kepingan badam dan bakar pada suhu 175C, 30 - 35 minit.
  7. Uji kek dengan cara mencucuk lidi sate di bahagian tengah kek dan jika keluarnya bersih, itu tanda kek dah ok. Keluarkan dari oven dan sejukkan 10 minit sebelum dikeluarkan kek dari tin. Selamat Mencuba!!

0 comments:

Post a Comment