AYAM KARI KAPITAN


Foods_004

tulip77@myresipi.com

Bahan-bahan ( 10org )

  • 1 ekor ayam
  • 15 tangkai cili kering
  • 10 biji lada besar merah
  • 4 biji buah keras
  • 10 ulas bwg merah
  • 1 labu bawang putih
  • santan dari 1 biji kelapa
  • 3 batang serai
  • 1 senduk minyak
  • sedikit garam dan gula
  • belacan sebesar ibu jari
  • sepotong limau nipis

Cara-cara

  • Ayam dipotong kepada 12 bahagian atau mengikut suka.Kelapa diperah dan asingkan pati santan dan santan cair
  • Cili kering,lada besar merah,buah keras,bawang merah,bawang putih dan belacan dikisar halus.
  • Panaskan minyak dalam kuali,tumiskan bahan2 kisar.Setelah bahan kisar elok kuningnya,masukkan ayam.
  • Biar api sederhana sahaja & tunggu hingga ayam empuk.Setelah empuk masukkan santan cair serta serai yang telah dititik.
  • Apabila santan sudah kering sedikit,masukkan pati santan.Diikuti dengan garam & gula.Rasa masin dan manisnya.
  • Apabila hendak diangkat,perah asam limau nipis dan boleh dihidangkan dengan nasi. Sesuai dimakan bersama nasi minyak & acar nenas timun.

0 comments:

Post a Comment