GULAI AYAM PAKISTAN


Ayam_gulai_pakistan

Hidang dengan nasi pilau pakistan tu...


Bahan-bahan ( 6-8 orang )

  • 6-8 ketul ayam (biasanya Paki guna kambing TAPI umi_e tukar pada ayam sebab tak makan kambing)
  • 1 tin plum tomato (bukan tomato puri)
  • 1 labu besar bawang (dihiris)
  • 5 biji cili hijau (tambah ikut suka pedas)
  • 50gm daun ketumbar
  • 1 sudu makan serbuk jintan manis
  • 1 sudu makan serbuk ketumbar
  • minyak untuk menumis
  • garam dan perasa secukupnya

Cara-cara

  • Bersihkan ayam terlebih dahulu
  • Blend cili hijau bersama daun korianda/ketumbar
  • Panaskan minyak dan tumiskan bawang besar hiris hingga naik bau dan layu
  • Masukkan bahan yang di blend tadi, kacau dan masukkan serbuk jintan dan serbuk ketumbar. Kemudian masukkan plum tomato bersama jus nya sekali.
  • Lepas tu baru masukkan ayam, garam dan perasa secukupnya...
  • Masak sampai ayam empuk dengan api perlahan dan kuahnya agak pekat
  • p/s: Resepi ini tak gunakan air atau santan...

0 comments:

Post a Comment