IKAN MERAH KUKUS


Paprik_018

masak stim, 3S - senang, sihat & sedap!

Bahan-bahan ( 3 orang )

  • 1/2 ekor ikan merah saiz besar (kalau ikan kecil guna seekor)
  • 3 helai daun bawang - potong bulat bahagian bawahnya yang warna putih/hijau muda tu, x yah amik daunnya)
  • segenggam daun katumbar
  • 2 sudu besar kicap cair
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 2 ulas bawang putih - dimayang nipis
  • 1 inci halia - dihiris nipis
  • 2-3 titik minyak bijan
  • 1 batang cili merah - dipotong
  • Secubit garam

Cara-cara

  • Ikan dikelar-kelar dan dilumur sedikit garam.
  • Masuk dalam pinggan tahan panas. Lumurkan sos tiram pada ikan dan curahkan kicap cair.
  • Taburkan halia dan bawang putih. Kalau boleh, masukkan ke celah-celah ikan yang dikelar tadi (both sides).
  • Tabur daun bawang, daun ketumbar dan cili merah potong ke atas ikan.
  • Akhir sekali titiskan minyak bijan ke atas ikan dan kukus selama 20 minit attau hingga ikan masak.

0 comments:

Post a Comment