masa penyediaan dalam 15 minit
Bahan-bahan ( 6 cups )
- 2 1/2 cawan(500ml) susu segar
- 115g gula
- 10g gelatin
- 6~7 biji walnut
Cara-cara
- Masukkan 4 sudu besar air ke dalam gelatin. kacau dan ketepikan.
- Masukkan 100g gula dan 1 sudu besar air ke dalam periuk.
- Masak dgn api besar sehingga perang. Kecilkan api. Masak sehingga agak pekat. Padamkan api.
- Masukkan 1 1/2 sudu besar air kedlm periuk tadi. Kemudian masukkan walnut satu persatu.. Kacau dengan cepat.
- Biarkan walnut terendam dalam karamel selama 1~2 minit.
- Keluarkan walnut dan atur di atas pinggan.
- Masukka susu dan gula yg lebih tadi ke dalam periuk. Panaskan sehingga gula larut. Padamkan api.
- Masukkan gelatin sambil dikacau-kacau supaya tak berketul
- Masukkan adunan ke dalam cup pudding. Bila dah sejuk boleh simpan dalam peti ais
- Bila nak makan boleh keluarkan puding. Dan hias dengan walnut tadi
0 comments:
Post a Comment