KEK YOGURT


Kekyogurt

guna biskut oreo

Bahan-bahan ( 18cm )

  • 500g yogurt( buangkan air sehingga beratnya tinggal 150g)
  • 50ml susu segar
  • 200ml fresh cream
  • 15g gula aising ( gula yogurt lagi sedap)
  • 5g serbuk gelatin
  • 1/2 sudu besar jus lemon(dr buah lemon)
  • 9 keping biskut oreo (96g)
  • 20g butter

Cara-cara

  1. Kekyogurt1
    Masukkan yogurt ke dalam penyejat. Sejatkan sehingga berat yogurt menjadi 150g. Mungkin mengambil masa dlm 1-2 jam.
  2. Kekyogurt2
    Masukkan biskut oreo bersama krimnya ke dalam beg plastik. Ketuk-ketuk biar biskut hancur.
  3. Kekyogurt3
    Masukkan butter yg telah dicair ke dalam biskut oreo. Ramas-ramaskan biar berketul.
  4. Kekyogurt4
    Kemudian masukkan ke dalam loyang. Lapikkan plastik dan tekan-tekan biar jadi padat.
  5. Kekyogurt5
    Loyang yg diguna mestilah bahagian bwhnya boleh diangkat. Kalau nak krim yogurt kelihatan tebal boleh guna loyang 15cm.
  6. Kekyogurt6
    Panaskan susu dengan microwave selama 50 saat atau panaskan sehingga hampir mendidih. Campurkan gelatin dengan 1/2 sb air. Kacau ratakan. Kemudian masukkan ke dlm susu. Kacaulah sehingga tak berketul
  7. Kekyogurt7
    Yogurt biarkan pd suhu bilik sebelum digunakan. Pukul yogurt sehingga jadi bentuk krim.
  8. Kekyogurt8
    dlm mangkuk lain pula, pukul fresh cream dengan gula sehingga agak pekat. Jgn terlampau keras.
  9. Kekyogurt10
    Masukkan fresh cream ke dalam mangkuk yogurt sambil dikacau. Kemudian masukkan pula susu bersama gelatin tadi. Akhir sekali masukkan jus lemon. Kacau dengan perlahan-lahan sampai sebati.
  10. Kekyogurt12
    Masukkan ke dalam loyang yg ada cookies tadi. Sejukkan dlm peti sejuk sehingga keras.


0 comments:

Post a Comment