SWEET POTATO BREAD


Sweet_potato_bread

resepi dr internet...telah di ubah... lembut & gebu

Bahan-bahan ( 25biji )

  • 300g tepung gandum
  • 3sk emplex / bread softener
  • 2sk bread improver
  • 3sk yis segera
  • 1sk garam
  • 2sb butter
  • 60gram ubi kentang ( direbus & di lenyek )
  • 2sb susu tepung
  • 4sb gula
  • 1 biji telur (pukul sikit)
  • 130ml air sejuk

** Inti kastard **
  • blh gunakan mana2 resepi kastard asalkan boleh pipekan atas adunan roti

Cara-cara

  • Masukkan tepung gandum,emplex,bread improver dan yis segera ke dalam mangkuk besar. Gaul biar sekata.
  • Kemudian masukkan gula, susu tepung dan ubi kentang. Gaulkan biar sebati.
  • Masukkan pula butter, telur dan garam. Gaul lagi supaya bahan semua sekata.
  • Last masukkan air sejuk sikit2 sambil tepung diuli.
  • Uli hingga jadi doh yang licin selama 20-25minit. Jika terkurang air blh masukkan sikit demi sedikit.
  • Jika anda uli menggunakan bread maker, skip step 1 & 2 masukkan semua sekali bahan dan uli hingga jadi doh yg licin.
  • Kemudian perap doh dalam mangkuk yg besar dan tutup dgn cling film selama 40minit di tempat yg panas supaya adunan naik elok.
  • Tumbuk doh untuk mengeluarkan angin.
  • Bentukkan doh menjadi bebola seberat 20g dan letakkan di dalam loyang pembakar yg telah di gris sekelilingnya.
  • Ini utk mengelak dr roti melekat. Perap lagi sekali selama 40minit.
  • Sapukan telur ke atas roti dan paipkan/sudukan sedikit adunan kastard. byk pun xpa sbb kastard tak meleleh turun masa bakar nanti.
  • Bakar pada suhu 180C selama 15-20minit atau hingga permukaan roti nmpak perang

0 comments:

Post a Comment