Lemak Tempoyak Ikan Haruan


Step_by_step_165

Boleh digantikan dgn ikan merah, tenggiri atau apa saja ikan laut (ikan yg boleh dimakan)...


Bahan-bahan ( 5 - 6 orang )

  • 5 - 6 keping potongan ikan haruan
  • 10 biji belimbing buluh, dibelah 2
  • 1/2 cawan isi petai (boleh tambah jika suka)
  • 1 biji kelapa, diparut
  • 3 batang serai, dititik
  • 1 camca besar tempoyak
  • 30 tangkai cili padi (bergantung pada tahap kepedasan masing2)
  • 2 inci kunyit hidup
  • 1 camca teh garam kasar

Cara-cara

  • Step_by_step_163
    Cuci bersih ikan haruan dgn asam limau dan garam, dan perap dgn sedikit garam dan kunyit (kurang lebih 30 minit). Panggang hingga sedikit garing. Boleh guna oven atau dipanggang atas bara api (atas bara api lagi sodapppp...)
  • Step_by_step_167
    Dalam lesung batu, tumbuk cili padi, kunyit hidup dan garam kasar hingga lumat. Masukkan tempoyak dan gaul dgn bahan2 tumbuk hingga rata. Ketepikan.
  • Tuang satu cawan air dan ramas kelapa parut. Perah santan pertama dalam satu bekas. Tuang lagi 2 cawan air dan ramas. Perah dalam bekas lain utk santan no. 2.
  • Step_by_step_164
    Dalam periuk, satukan bahan2 tumbuk, santan no.2 dan serai yg dititik. Masak hingga mendidih, gunakan api sederhana, masukkan ikan haruan panggang tadi.
  • Step_by_step_162
    Bila mendidih, masukkan petai dan biar 1 - 2 minit. Kemudian masukkan belimbing buluh. Kacau perlahan dan gunakan api sederhana saja.
  • Step_by_step_166
    Akhir sekali tuang santan pekat. Biar mendidih 2 - 3 minit, sambil dikacau perlahan. Rasa kuahnya kalau kurang masin boleh ditambah sedikit garam.

0 comments:

Post a Comment