KUIH ABUK - ABUK

Pcdv0016

Senang buat tapi sedap


Bahan-bahan ( 10 biji )
  • 2 cawan sagu biji.
  • 2 cawan kelapa parut putih
  • 3 sudu makan gula merah
  • 3 sudu makan gula pasir
  • secubit garam.
  • 10 calong daun pisang. Lidi penyemat

Cara-cara

  • Basuh sagu dan toskan 5 minit.
  • Gaulkan sagu dengan kelapa. Tambahkan garam.
  • Campurkan gula merah dengan gula pasir.
  • Masukkan 2 sudu campuran sagu ke dalam calong daun pisang. Kemudian sendukkan 1/2 sudu campuran gula dan akhirnya masukkan 1 sudu campuran sagu.
  • Tutup calong dan sematkan dengan lidi. Kukus kuih lebih kurang 10 minit. Siap.

0 comments:

Post a Comment