KUIH BOM

Img_0452

Noreen@myresipi.com

Bahan-bahan ( 10-11 biji )

  • 50-60gm bijan
  • Minyak utk mengoreng
Bahan-bahan doh:
  • 200-240gm tepung pulut
  • 1 sudu makan tepung gandum
  • 1 sudu teh air kapur
  • 190-200ml air
  • Sedikit garam
Bahan-bahan inti kelapa:
  • 60g gula melaka/gula merah
  • 20g gula pasir
  • 50ml air
  • 1/2 biji kelapa parut

Cara-cara

  • Jerang gula melaka/merah, gula pasir dan air hingga larut
  • Tapiskan ke dalam kuali kemudian masukkan kelapa parut
  • Img_0355
    Kacau atas api sederhana hingga inti agak kering
  • Dalam mangkuk besar, gaul tepung pulut, tepung gandum dan garam
  • Masukkan air kapur dan sedikit demi sedikit air uli menjadi doh
  • Ambik sedikit doh, bentukkan bebola dan leperkan sedikit
  • Img_0446
    Bubuh inti ditengahnya dan tangkupkan semula
  • Img_0449
    Golek bebola dengan bijan supaya elok melekat
  • Masukkan minyak yg banyak dalam kuali dan gorengkanlah kuih bom hingga kekuningan
  • Dan siap untuk dimakan

Petua utk kuih bom tak meletup dan tak merekah:

  • Minyak mesti banyak biar kuih bom terendam.
  • Minyak jgn terlalu panas.
  • Jgn menggoreng terlalu lama.
  • Terus menggoreng selepas siap dibuat jgn dibiarkan pada suhu bilik.

0 comments:

Post a Comment