KUIH KELADI [ o - kuih ]


Yamcake1

skyblue@myresipi.com

Bahan-bahan ( 9" )


Bahan-bahan untuk bancuhan:
  • 170g tepung beras
  • 40g tepung ubi (tapioca)
  • 500ml air
  • 1 sk garam
  • 1/2 sk serbuk lada putih
  • 1/4 sk serbuk 5-spices (boleh lebih sikit jika suka)
  • 1/2 sk serbuk stok ayam
Bahan-bahan lain:
  • 300g Keladi, dibuang kulit dan dipotong dadu
  • 50g Udang kering, direndam dlm air dan toskan
  • 5 biji bawang kecil, dimayang
  • 2 sb minyak masak
  • 1 biji cili merah (optional)
  • Daun sup / ketumbar (optional)

Cara-cara

  • Masukkan semua bahan-bahan untuk bancuhan ke dalam mangkuk besar. Kacau sehingga rata dan ketepikan.
  • Panaskan minyak dalam kuali, goreng keladi sehingga permukaan menjadi keras. Keluarkan dan diketepikan.
  • Masukkan bawang kecil kedalam kuali yang sama, jika perlu, tambah sedikit minyak. Goreng bawang kecil sehingga garing.
  • Keluarkan bawang bersama separuh minyak dan tinggalkan sedikit minyak didalam kuali. Bawang tadi di letak dlm mangkuk kecil berasingan.
  • Masukkan udang kering ke dalam kuali, goreng sehingga perang. Masukkan bancuhan (1) sambil kacau.
  • Masukkan keladi tadi ke dalam kuali, kacau sehingga rata dan bancuhan tadi menjadi pekat.
  • Keluarkan (6) dari kuali dan masukkan ke dalam acuan dan rata-ratakan permukaan. Stim selama 30-40 minutes.
  • Biar sejuk sedikit sebelum dihidangkan degan cili, bawang dan daun sup.
Note: -
  • Boleh dihidangkan pada suhu bilik atau panas2. - Potong 1" tebal, salut degan sedikit tepung gandum dan goreng degan sedikit minyak sehingga garing... sedap dimakan dgn sambal.

0 comments:

Post a Comment