ROTI KELAPA ALMOND


Roti

Roti German

Bahan-bahan ( 1 biji )

  • 125g tepung roti (high protein)
  • 125g tepung gandum (low protein)
  • 50g telur
  • 20g gula
  • 3g garam
  • 100g susu
  • 50g butter
  • 2.5g dry yeast
  • ****
  • 20g butter(suhu bilik)
  • 40g gula halus
  • 40g almond slices
  • 20g kelapa kering (kecil dan panjang)
  • 30g butter cair

Cara-cara

  • Masukkan semua bahan di atas dr yang bertanda ** ke dalam breadmaker.
  • Bila dah siap keluarkan, buang angin dan bentukkan bulat. Rehatkan 10 minit.
  • Canaikan biar jadi segiempat. Saiznya kecil siket dari dulang oven. Biarkan naik 2 kali ganda
  • Lepas tu cucuk-cucukkan dengan garfu dan sapukan butter(pd suhu bilik).
  • Taburkan almond, gula dan juga kelapa kering
  • Akhir sekali letaklah butter cair ke atas roti. Siap untuk dibakar. Bakar pada suhu 180C selama 10 minit. Kemudian turunkan suhu ke pada 160C. Bakar lagi selama 10 minit
  • Bila dah siap bolehlah potong kecil-kecil atau ikut selera masing2.

0 comments:

Post a Comment