LAKSA JOHOR


Laksajohorkeluargadiana

Resipi dari Mummy D...

Bahan-bahan ( 15 orang )

# Bahan untuk Kuah Laksa #

  • 750 gram ikan tenggiri, direbus dan ambil isinya
  • 3/4 cawan rempah kari ikan
  • 1/2 cawan kerisik
  • 1 cawan air
  • 2 kotak kecil santan KARA (2 biji santan kelapa)
  • 4 batang serai, dititik
  • 2 inci lengkuas, dititik
  • garam secukup rasa
  • serbuk perasa, jika suka
  • minyak untuk menumis
# Bahan untuk dikisar #
  • 3 biji bawang besar
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
# Bahan untuk Sambal (Dikisar) #
  • 20 biji cili padi thailand
  • 6 -8 batang lada merah hidup
# Bahan untuk Hiasan #
  • 2 kilo mee laksa, dicelur dan toskan
  • kerang rebus
  • fishcake
  • tahu kering
  • timun (kupas kulit, buang hatinya dan hiris halus)
  • tauge
  • daun kesum

Cara-cara

  • Isi ikan dikisar bersama air rebusan ikan dan ketepikan.
  • Panaskan minyak dalam periuk. Masukkan serai dan lengkuas yang telah dititik bersama rempah yang telah dikisar. Tumis sehingga naik bau.
  • Masukkan kerisik, gaul rata. Masukkan pula rempah kari ikan dan 1 cawan air. Gaul hingga sebati.
  • Masukkan isi ikan yang telah dikisar. Masukkan pula santan, garam secukup rasa dan serbuk perasa jika suka.
  • Jika kuahnya agak pekat boleh tambah sedikit lagi air.
# Cara untuk menghidang Laksa #
  • Letak mee laksa dalam mangkuk, letakkan sedikit kerang rebus, fishcake, tahu kering dan tauge. Kemudian tuangkan kuahnya.
  • Hiaskan pula dengan timun, daun kesum dan sambal. Sedia untuk dimakan.

0 comments:

Post a Comment